Bakul ID:114046















 
   FAQ DAN POLISI KAMI
  
   TENTUKAN SAIZ ANDA
S

S:Bagaimanakah cara membuat belian di website ini?

J:Anda melayari website ini dengan memilih kategori yang anda suka. Apabila terjumpa item yang anda berkenan, sila klik     butang "Masuk Bakul" atau "Order"


S:Apakah bezanya antara butang "Masuk Bakul" dan "Order" ?

J:"Masuk bakul" bermakna item sedia dalam stok dan sedia untuk dihantar kepada anda. "Order" bermakna, item tiada dalam stok dan perlu membuat pesanan terlebih dahulu kepada pengilang atau pembekal.

S:Berapa lamakah masa yang saya perlu tunggu untuk item yang tiada dalam stok ?

J:Item yang tiada dalam stok akan dibuat pesanan kepada pengilang atau pembekal setiap 15 dan 30 haribulan setiap bulan. Daripada tempoh pesanan akan mengambil masa selama sekurang-kurangnya 8 hari bekerja untuk item sampai ke Malaysia, bergantung kepada prosedur pelepasan kastam dan prosedur membawa masuk barangan dari luar negara. Daripada tempoh itu, ianya akan mengambil masa 3 hingga 4 hari bekerja untuk betul-betul sampai ke tangan anda.


S:Bagaimanakah cara penghantaran item yang dibeli kepada saya ?

J:Item akan dihantar kepada anda dengan perkhidmatan mel biasa yang disediakan oleh Pos Malaysia Berhad. Cara ini juga bagi mengelakkan anda dari mengeluarkan kos tambahan bagi perkhidmatan "Pos Laju"

S:Bolehkah saya meminta perkhidmatan Pos Laju digunakan.

J:Sudah tentu boleh, tetapi kos tambahan sebanyak RM5 bagi penghantaran semenanjung Malaysia dan RM6 bagi penghantaran Sabah dan Sarawak.Untuk penghantaran menggunakan Pos Laju, anda hendaklah menghubungi kami melalui email bagi mengaturkan prosedur pembayaran untuk perkhidmatan Pos Laju. Ini adalah sementara sahaja sementara kami menyediakan modul khas untuk Pos Laju.


S:Apakah kaedah pembayaran yang disediakan ?

J:Kami hanya menerima cara pembayaran melalui kad kredit menggunakan paypal


S:Bolehkah saya membuat bayaran 50% dahulu untuk item yang tiada stok ?

J:Boleh.Sebenarnya itulah yang membezakan website ini dan website menjual lingerie yang lain. Kami membenarkan pembayaran sebanyak 50% dahulu untuk item yang tiada dalam stok.Selebihnya hendaklah dibayar apabila item telah sedia untuk dihantar kepada anda.

S:Berapa harikah dibenarkan untuk saya menjelaskan baki pembayaran 50% setelah item yang dipesan sedia untuk dihantar kepada saya ?

J:Anda diberikan masa selama 5 hari bekerja untuk menjelaskan baki pembayaran 50% apabila item dipesan sedia untuk dihantar. Email makluman akan dihantar kepada anda.


S:Adakah wang saya akan dikembalikan sekiranya saya membatalkan order sebelum pesanan dibuat?

J:Ya, wang anda akan dikembalikan sepenuhnya setelah ditolak RM2 untuk order yang dibatalkan sebelum pesanan kepada pengilang dilakukan. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dilakukan selepas pesanan kepada pengilang dilakukan

S:Bagaimana sekiranya, wang sudah dibayar samada 50% atau 100%, tetapi item tiada dalam stok pembekal?


J:Sekiranya anda sudah membuat pembayaran tetapi item tiada dalam stok pembekal, wang anda akan dikembalikan sepenuhnya. "No question asked "


S:Sekiranya item yang dipesan berbeza dari sepatutnya adakah wang akan dikembalikan
J:Ya, wang anda akan dikembalikan sepenuhnya. "No question asked "


S:Bolehkah item yang dibeli dipulangkan semula atau ditukar dengan item lain?

J:Disebabkan item yang dijual ini adalah dalam kategori pakaian dalaman maka kami tidak membenarkan pemulangan semula penukaran dilakukan .

S:Saiz yang tidak sepadan, bolehkah ianya dipulangkan semula.

J:Sebelum membuat pembelian anda hendaklah memastikan memilih saiz yang sesuai. Kami menyediakan carta saiz yang dicadangkan oleh pembekal/pengilang. Dalam keadaan yang biasa,carta saiz yang disediakan adalah sesuai untuk kebanyakan wanita. Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak boleh.

S:Adakah maklumat saya dirahsiakan ?

J: Atas apa alasan sekalipun, sebarang maklumat anda iaitu alamat dan email  tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak, kecuali atas arahan pihak berkuasa dan perkara-perkara yang melibatkan implikasi undang-undang.


S:Sekiranya saya masih ada soalan atau kemusykilan, dimanakah saya boleh bertanya lagi?

J:Sebarang kemusykilan dan pertanyaan hendaklah diajukan kepada
seksilingerie@lingerie-power.com


 



Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.